CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?...

~ Salam ceria slaloo ~
...pe kaba sume??...sihat tak anda hari ni?...
-Nik Nan Di Sini-

Haaa...anda semua prasan tak bgaimana suasana corak kesihatan sekeliling kita hari ni?hmm...mgkn ada yg prasan sbb mereka peka dan mgkn ada yg tak prasan sbb sibuk dgn aktviti harian...betul tak?..huhu...

Pada permulaan ni, Nik Nan nak kongsi la tentang beberapa kajian yg telah dibuat oleh ahli-ahli pakar terkemuka dan maklumat ni Nik Nan dapat dari sumber yg boleh dipercayai...anda semua jangan risau la tentang kesahihannya ye...

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); -Di Malaysia, 3.8 juta (31.6%) penduduk yg berumur 25 - 64 tahun adalah berlebihan berat badan manakala 2 juta (16.3%) daripadanya mengalami obesiti.
  2. Penasihat Obesiti WHO, Prof.Phillip James; -Di Australia, 1/2 wanita, 2/3 lelaki dan 1/5 kanak-kanak memiliki berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Penasihat Obesiti WHO, Prof.Phillip James; -Obesiti bakal menjadi satu penyakit global, bukan sahaja di Barat juga terdapat di Timur Tengah. Tahun 2010 menunjukkan 1 daripada 5 kanak-kanak mengalami penyakit obesiti.
  4. Ketua Institut Diabetes Antarabangsa, Caulfield, Melbourne, Prof.Paul Zimmet; -Kami telah menemui penghidap diabetes pada umur 25 thn, 18 thn dan 10 thn. Sebelum ni anda belum lagi menjumpainya.
Haa..anda tau fakta ni sblm ni?
Kita sepatutnya tahu bahawa memiliki penyakit obesiti ni adalah berisiko untuk mendapat:
  • Diabetes (Jenis-2) - 57%
  • Kegagalan fungsi pankreas / cholecystits - 30%
  • Penyakit Jantung - 17%
  • Tekanan Darah Tinggi - 17%
  • Sakit di bahagian sendi / Arthritis - 14%
  • Kanser Payudara / Rahim / Kolon - 11%
Haaa...gerun tak kalau badan kita mendapat obesiti?...Nik Nan gerun sgt...
Info di bawah ni adalah untuk rujukan kita...hmm...di manakah kita berada?...perasan tak tubuh kita macamana sbenarnya?...ideal ke tak?...normal kah kita?...atau, obesiti kah kita?...
  • Menurut WHO, Body Mass Index (BMI) normal adalah antara 19.0 - 23.9
  • Manakala, bagi orang Asia macam orang Malaysia ni sepatutnya berada dalam julat BMI 18.5 - 22.9
  • Cara nak kira; BMI = berat (kg) / tinggi (m) X tinggi (m)
  • % lemak badan yang sepatutnya bagi: wanita (17% - 25%) dan lelaki (14% - 23%)
  • 2 jenis bentuk badan: bentuk epal @ pear?
JADI, untuk permulaan ini, kita berkenal-kenalan lah dgn tubuh badan kita sendiri..bak kata pepatah, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'...Kenal dulu tubuh kita barulah kita akan sayang & cinta pada tubuh kita sendiri...

Ok lah stakat ni lah dulu perkongsian kita...Nik Nan suka sgt dapat berkongsi dgn rakan maya skalian...Rasa puas sgt...terima kasih atas kesetian kalian..Jumpa lagi di slot akan datang dalam blog yang sihat lagi ceria ini...

~Sayonara...Sharing is Caring...Senyum Sokmo~

Sunday, January 30, 2011

SEGALANYA BERMULA...

...Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...Hi...Hello...
~ Salam Perkenalan Semua ~
-Nik Nan di sini-

Tepat jam 10.00 mlm bertarikh 30/1/2011terbinalah satu blog yang sihat dan ceria milik Nik Nan...hoho... Girang sungguh hati ini bila berjaya bina blog sendiri...banyak yang Nik Nan nak kongsi dgn rakan maya sekalian terutama skali bab cara hidup kita pada hari ini...tak sabar rasanya...huhu..

Sbenarnya Nik Nan amat mengimpikan kehidupan yang sihat dan gembira slalu...Cita-cita Nik Nan pn nak sihat sokmo...ye la, kalau badan kita sakit, kita je yang rasa kesakitan tu...orang yang melihat tak rasa pun...selain tu, harta banyak pun, kalau badan sakit tak berguna juga harta tu...terbiar je...

Kesedaran Nik Nan tentang Cara Hidup Sihat ni timbul bila Nik Nan melihat sendiri 2 org saudara-mara terdekat Nik Nan telah meninggal disebabkan penyakit kronik tidak berjangkit spt tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes...Nik Nan tgk keadaan mereka cukup menyeksakan...daya empati Nik Nan dapat merasakan penderitaan yang mereka tanggung...cukup menyakitkan...

Masih segar lagi di kotak ingatan Nik Nan peristiwa saudara paling rapat dengan Nik Nan yang meninggal disebabkan tekanan darahnya yang terlampau tinggi sehingga salur darah pecah di bahagian kiri dan kanan otak menyebabkan beliau mengalami strok seluruh badan...pendarahan dalam paru-paru...Dan sterusnya salur darah dalam badan pecah dan darah masuk ke dalam tisu daging...subhanallah...Maha Kuasanya ALLAH...Nik Nan menitiskan air mata melihat penyeksaan yang beliau alami sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir...Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT...amin~AL-FATIHAH

Kajian mengenai penyakit kronik tidak berjangkit spt tekanan darah tinggi ni menyatakan bhw faktor genetik merupakan antara faktor utama sebuah keturunan boleh dapat penyakit ni...Nik Nan takut sgt sbb keturunan Nik Nan ada penyakit ni...nenek, mak sdara, ibu Nik Nan sndiri... Nik Nan risau sgt...Nik Nan impikan keturunan Nik Nan bebas dari penyakit kronik ni...

Oleh itu, Nik Nan bertekad dlm hati bhw mulai hari ini, Nik Nan akan cuba sdaya upaya bebaskan keturunan Nik Nan dari penyakit ni...Sekarang ni Nik Nan sedang mencari, mengumpul dan mengamalkan ilmu, petua dan amalam kesihatan yang Nik Nan yakin ianya dapat memberi Nik Nan dan keluarga tahap kesihatan yang optimum...Nik Nan dan keluarga sedang berusaha mengamalkan Cara Hidup Sihat yang merangkumi kesihatan fizikal dan mental...pendek kata, Sihat Secara Menyeluruh...

Jadi, skiranya rakan maya skalian ingin mngetahui bgaimanakah kehidupan yang diimpikan Nik Nan, ikutilah blog sihat lagi ceria Nik Nan dlm siri brikutnya yek...Don't ever miss it...Jaga Kesihatan Anda...Sayangilah tubuh anda yang Sihat...
-senyum sokmo-
Jumpa lagi...Daaa~